Memaparkan catatan dengan label pertunangan celebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertunangan celebriti. Papar semua catatan

Selasa, 27 Ogos 2013

Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Syanie Dan Nadi Putera

Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

Kegagalan dalam perkahwinan pertama tidak bermakna pelakon Syanie Hisham enggan lagi mendirikan rumah tangga. Ternyata, kehadiran lelaki yang bernama Nadi Putera Mohd. Zainol berhasil mengisi kekosongan hatinya.

Majlis pertunangan Syanie dan Nadi

Isnin, 15 Julai 2013

Gambar Majlis Pertunangan Raja Azmi Dan Mohd Eddie

Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman mengikat tali pertunangan dengan kekasih, Mohd Eddie Ghazali di kediamannya di Ampang, Selangor, petang tadi

Majlis pertunangan bermula jam 6 petang diikuti dengan majlis berbuka puasa serta solat Maghrib secara berjemaah.

Raja Azmi dimajlis pertunangannya dengan Eddie

Sabtu, 1 Jun 2013

Gambar Majlis Pertunangan Fouziah Gous Dan Md zhafran Md Yusof

Pelakon Fouziah Gous, 30, akhirnya telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Md Zhafran Md Yusof pada 1 Jun. Majlis pertunangan berlangsung pada sebelah malam diadakan secara sederhana untuk keluarga kedua-dua belah pihak yang di adakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur.  Mengikut perancangan, Fouziah Gous tidak mahu bercinta lama dengan kekasihnya itu lalu memilih September ini untuk disatukan dengan ikatan yang sah.
Fouziah Gous dimajlis pertunangannya




Pelamin pertunangan Fouziah Gous

Hantaran pertunangan Fouziah Gouz




Pertunangan Fouziah Gous Dan Md zhafran Md Yusof

Rabu, 13 Februari 2013

4 Gambar Tunang Fizz Fairuz Bernama Azlyn Massiela

Majlis pertunangan Fizz Fairuz telah berlangsung pada 10.2.2013 yang lalu. Ini gambar tunang Fizz yang bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar.

Fiz Fairuz bersama tunang di majlis pertunangan mereka

Ahad, 10 Februari 2013

Majlis Pertunangan Dan Gambar Tunang Pierre Andre

Tak banyak yang boleh diperkatakan tentang majlis pertunangan pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre. Ramai yang sudah mengetahui penghijrahan Pierre dengan penampilan terbarunya sekarang yang lebih islamik. Baru-baru ini Pierre Andre telah selamat bertunang dengan gadis pilihan yang berasal dari Johor yang dikenali sebagai Nurhidayah.

Semoga ikatan pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin.

Majlis pertunangan Pierre Andre

Isnin, 24 Disember 2012

Gambar Majlis Pertunangan Syafiq(Anak Datuk Yusof Haslam) dan Aeisyah Zainal

Anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam.

Pada majlis tersebut, Syafiq, 20, yang juga seorang pengarah filem sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Aeisyah, 20, memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.
Gambar tunang Syafiq Yusof, Aeisyah Zainal

Isnin, 10 Disember 2012

Gambar Majlis Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri-8.12.2012

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shah Jaszle kerana telah pun mengikat tali pertunangan dengan Redzwani Puteri pada Sabtu lalu( 8 Dis 2012).
Majlis Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri-8.12.2012  
  Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri 

Ahad, 11 November 2012

Gambar Tunang & Majlis Pertunangan Anne Ngasri Dengan Ahli Politik

Akhirnya gossip Anne Ngasri dengan VIP menjadi kenyataan. Selepas percintaan yang tidak kesampaian dengan Aliff Aziz, hari ini hatinya sudah pun terisi selepas sah bergelar tunangan orang.

Hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak.
Majlis pertunangan Anne Ngasri & Ahli politik

Sabtu, 22 September 2012

Gambar Tunang Diana Amir-Mohd Habib Bullah (Seorang Pendidik Bukan Ustaz)

Berita Diana Amir bertunang dengan seorang Ustaz semalam ada sedikit pembetulan, sebenarnya tunang Diana amir bukanlah seorang ustaz, tapi seorang pensyarah di UITM Merbok, kedah, berikut fakta yang betul dari Abang Nas, Wartawan Galaksi 

Jumaat, 21 September 2012

Diana Amir Sudah Bertunang Dengan Ustaz

Melalui laporan eksklusif Galaksi, dalam program hiburan di TV9, Diana Amir hari ini telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan orang & lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz.

 Dalam rancangan Galaksi itu terpapar gambar Diana Amir & tunang beliau seorang ustaz sedang memotong kek bersama.
Diana Amir bertunang dengan Ustaz

Selasa, 19 Jun 2012

Majlis Pertunangan Rizal AF5 Dan Maria Mohd Harun

Bintang Akademi Fantasia (AF5), Rizal Ayub, atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub, 25, telah bertunang dengan gadis pilihan hatinya Maria Mohd Harun, 30, iaitu seorang eksekutif di syarikat penerbangan Firefly yang berasal dari Sarawak juga.


Isnin, 7 Mei 2012

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF & Farih Hamshi-6 Mei 2012

Akma AF,27, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.


Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.



Majlis pertunangan mereka di kediaman keluarga Akma di Taman Buana Perdana, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.



Farih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan kini bekerja sebagai eksekutif di Petronas dan perkenalan mereka tidak berlangsung dalam jangka masa yang lama.

Akma AF bersama tunangnya Farih Hamshi

Rabu, 28 Mac 2012

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Majlis Pertunangan pelakon dan penyanyi , Liyana Jasmay (LJ), 24,dengan jejaka pilihannya , Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran LJ yang ke 24 tahun.
Majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin telah diadakan di kediaman keluarga Liyana Kemensah Height.

Sabtu, 24 Mac 2012

Gambar Tunang Irma Hasmie-Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan

Pelakon, Irma Hasmie selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang 24 Mac 2012.

Gambar Majlis Pertunangan Irma Hasmie & Rezza-24 Mac 2012

Pelakon cantik manis, Irma Hasmie Ibrahim, 30, telah mengikat tali pertunangan pada 24 Mac 2012.
Majlis pertunangan berlangsung secara sederhana di rumah keluarga Irma sendiri di Sungai Buloh, Selangor.
Irma Hasmie di majlis pertunangannya

Selasa, 13 Mac 2012

Liyana Jasmay Bertunang 28 Mac-Gaun Pertunangan Berharga RM10,000 Rekaan Rizman Ruzaini

Pelakon dan penyanyi , Liyana Jasmay (LJ), 24, akan melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya , Fathuddin Mazlan pada 28 Mac ini. Perkara ini disahkan oleh ibunya sendiri, Puan Habshah.
Liyana Jasmay bertunang 28 Mac 2012
Menurut ibu LJ, tarikh 28 Mac menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran LJ yang ke 24 tahun. Jelas Puan Habshah lagi, sebagai seorang ibu dia berasa gembira kerana akhirnya anak kesayangannya itu bertemu jodoh.

Sabtu, 10 Mac 2012

Irma Hasmie Bakal Bertunang 27 Mac 2012

Awal tahun ini meriah betul dengan majlis perkahwinan dan juga pertunangan artis tanah air.Ini satu lagi berita gembira yang nak dikongsi bersama, dengarnya perkhabaran terbaru bertiup mengatakan bahawa pelakon dan pelakon juga pengacara cantik anggun muslimah, Irma Hasmie akan mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilihannya pada 27 Mac ini. 
Majlis pertunangan Irma Hasmie 27 Mac ini

Rabu, 29 Februari 2012

Eksklusif Cerita Penuh Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Aktres berusia 23 tahun itu mendedahkan, dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya yang berusia 28 tahun.

Selepas digosipkan bercinta dengan Syamsul Yusof dan Aizat, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya menamatkan spekulasi mengenai jejaka yang layak bertakhta dihatinya apabila mengaku bakal bertunang dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, bulan depan.
Liyana Jasmay bertunang dengan Fathuddin Mazlan

Selasa, 21 Februari 2012

Gambar Majlis Pertunangan Misha Omar & Firos Ezzwan Rossly

Jejaka berusia 30 tahun , Firos Ezzwan Rossly yang bertugas sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan menamatkan segala spekulasi yang pernah menyelubungi penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu apabila mereka telah mengikat tali pertunangan pada 21 Februari 2012.

Isnin, 20 Februari 2012

Majlis Pertunangan Misha Omar & Firos Diadakan Secara Tertutup

Lebih setahun berperang dengan gosip yang menjerut rasa, Misha Omar akhirnya meleraikan segala prasangka dengan memperkenalkan lelaki yang mendampinginya sebagai bakal tunangnya. Jejaka berusia 30 tahun , Firos Ezzwan Rossly yang bertugas sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan menamatkan segala spekulasi yang pernah menyelubungi penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu apabila mereka bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat ini.
Misha Omar & Firos